Mandatori

Mandatori Bermula Dengan Hukuman Di Tali Gantung Yang Dikenakan Ke Atas Seorang Pemandu, Carlos Menyimpan Dendam Menuntut Keadilan Seorang Demi Seorang Yang Menzalimi Akan Terpaku Di Mahkamah Keadilan Yang Dicipta Oleh Carlos Sendiri Dialah Pendakwa Raya Dan Dia Jugalah HakimBagi Carlos, Peguambela Sudah Tidak Perlu Lagi Kerana Pendakwaan Membawa Erti Kesalahan Telah Terbukti Sesiapa Yang Diadilinya Pasti Akan Menerima Hukuman Dengan Sekali Perbicaraan Dan Hukuman Yang Pasti Ialah Hukuman Mati Mandatori

Ramlee Awang Murshid lahir 4 November 1967 ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia RTM sejak 1986 RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM , bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.Dalam dunia penulisan, Ramlee

❴Reading❵ ➸ Mandatori Author Ramlee Awang Murshid – Webcambestmilf.info
  • 506 pages
  • Mandatori
  • Ramlee Awang Murshid
  • Malay
  • 04 September 2019
  • 9789831240397

10 thoughts on “Mandatori

  1. says:

    Yang kaya,menindas yang miskin Golongan elit,menekan golongan marhaen Apabila sistem kehakiman membela pihak yang salah Benar itu salah,salah itu benar Carlos menjadi hakim kerana berlakunya perkara sedemikian rupa Dia mahu menegakkan kebenaran Dendam mesti dilunaskan Atas nama keadilan Untuk membela orang yang tidak bersalah dan terseksa hidupnya kerana fitnah dan cercaan keji manusia Pemburuan ini tidak hanya melibatkan Carlos sahaja Tetapi,Amran,Bogart dan Norman berganding bahu dengannya untuk memastikan objektif mereka tercapai Secara peribadi,novel Mandatori ini ditulis lebih baik berbanding Mikhail Dari pelbagai segi,isi kandungannya lebih matang dan menarik perhatian menghiburkan Ironinya,Mandatori dihasilkan lebih dulu daripada Mikhail yang lama lebih menarik daripada yang baharu Malah,berdasarkan hasil pembacaan saya,tidak melampau jika saya katakan konsep dan jalan cerita Mandatori tidak kompleks dan mudah Secara asasnya,novel ini mengisahkan seorang vigilante yang mahu menuntut bela atas kematian ayahnya Namun demikian,inilah kekuatan Ramlee Awang Murshid RAM,penulis buku ini Kebolehan beliau memasukkan elemen elemen lain yang tambah menyedapkan jalan cerita Cinta,Islamik,kekeluargaan,dendam kemaafan dan teladan merupakan antara elemen yang terdapat di dalam Mandatori Ini ditambah pula dengan gaya penceritaan yang menarik dan tersendiri RAM Penamat ceritanya juga tidak ortodoks sifatnya Boleh saya katakan penamatnya saya sukai dan berpuas hati dengannya Cuma,mungkin ada orang lain yang berpendapat sebaliknya.Tidak banyak yang saya boleh ulas mengenai gaya penulisan RAM Bagi mereka yang sudah biasa membaca karya karya beliau,sudah pasti mengetahui trademark tulisan beliau Namun,terdapat satu trivia yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca ulasan novel Mandatori ini Mandatori tidak menggunakan Bab untuk membahagikan plot plot jalan ceritanya Sebaliknya, Segmen digunakan Novel ini juga mempunyai jumlah muka surat yang membahagikan setiap bab atau segmen yang berbeza jika hendak dibandingkan di dalam novel novel terkini RAM Jika di dalam novel novel terkini tulisan RAM hanya mempunyai 6 10 muka surat hasilnya,terdapat banyak bab yang membahagikan setiap bab yang terdapat di dalamnya,Mandatori hanya mempunyai 17 Segmen sahaja Malahan,jumlah muka surat yang membahagikan setiap Segmen ada yang mencecah sehingga puluhan muka surat Walau bagaimanapun,novel ini amat disarankan kepada para peminat RAM untuk membacanya Mandatori boleh dianggap antara karya RAM yang terawal Jadi,jika anda seorang peminat RAM sejati,amat molek sekali anda menjadikan novel ini salah satu novel RAM untuk melengkapkan koleksi anda Juga,kepada para peminat novel berbahasa Melayu,anda juga boleh mencuba membaca novel ini yang bergenrekan thriller ini,yang sememangnya merupakan genre kegemaran RAM.

  2. says:

    Tassan pemandu Dato Johari mati ditali gantung kerana kesalahan dadah yang tidak pernah dia lakukan Tassan meninggalkan seorang balu dan dua orang anak, Nurimah dan Amran Nurimah dan Amran dihina di sekolah oleh Juliana, Jane dan Kelvin sehingga terjadinya pergaduhan, dan kerana Juliana, Kelvin dan Jane merupakan anak orang orang yang berpengaruh, Amran dibuang sekolah Demi membantu ibunya, Amran turun ke laut dan hari itu juga Amran hilang di laut.Apabila dewasa, Juliana berjaya membuka perniagaannya sendiri, Jane menjadi seorang peguam dan Kelvin pula Doktor Forensik Juliana bercerai dengan suaminya Suffian dan berkenalan dengan lelaki misteri Norman.Pada ketika itu, muncul seorang lelaki bernama Carlos yang mendakwa dirinya penegak keadilan dan menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah tanpa diberi peluang untuk membela diri.

  3. says:

    this one is a thriller novel and i enjoy reading this book it makes my mind works to find out and think what is actually happens

  4. says:

    Tajuk buku MandatoriPenulis Ramlee Awang MurshidKeluaran Alaf 21Halaman 505 m sSinopsis Kulit belakang Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori Ulasan ainsabrina Semuanya bermula dengan kisah Taasan, pemandu kepada Datuk Johari yang dihukum mati di tali gantung berikutan kes penangkapan dengan dadah Walaupun Taasan tidak bersalah, namun disebabkan hukuman itu, keluarga Taasan menerima impak yang besar setelah pemergiannya Dia meninggalkan Bu piah, isterinya dan dua anak, Amran dan Nurimah Amran dihina kawan sekelasnya Juliana,Kelvin dan Jane sehinggakan Amran dibuang sekolah manakala Nurimah bertukar sekolah Memikirkan nasib keluarga yang asyik ditimpa malang, Amran akhirnya berkeputusan menjadi nelayan Siapa sangka hanya pada hari pertama dia sebagai nelayan, Amran hilang pabila perahu mereka karam akibat rebut angin monsoon.Kisah itu berlalu dilupakan begitu sahaja Semua dengan kisah masing masing Juliana sudah berjaya dengan syarikatnya namun bermasalah dengan kisah cintanya yang membawa dia bertemu dengan Norman Kevin sudah berjaya menjadi doktor Forensik manakala Jane berjaya menjadi seorang peguam Di saat kehidupan mereka seakan tenang tanpa bahaya, mereka dikejutkan dengan jemputan yang menemukan mereka dengan Carlos Carlos ibarat penegak keadilan yang memberi hukuman kepada pesalah tanpa peguam pembela mahupun hakim.Komen ainsabrina Novel ini saya habiskan sepanjang berada di keretapi Butterworth Bangkok Saya bagaikan ternanti nanti babak seterusnya yang berlaku,juga tertanya tanya siapa Carlos yang sebenarnya.Novel thriller Ramlee Awang Murshid memang membuatkan kita seperti berada di dimensi lain Kisahnya banyak kisah ulang tayang dan banyak watak wujud yang membuatkan kita tertanya tanya Watak Carlos dari awal begitu rahsia dan beberapa lagi watak rahsia yang lain.Sengaja saya tak nak cerita watak watak rahsia yang lain, nanti hilang kejutan ceritanya.

  5. says:

    3 bintang Amran yang malang Bogart si lanun Norman yang celaru Carlos si hakim.Mandatori membawa hamba mengenali empat orang lelaki yang masing masing punya identiti tersendiri Empat lelaki yang menjalani kehidupan berbeza Empat lelaki yang asalnya dari sebuah penganiyaan dan mereka lalu bersatu dalam satu urusan dendam.Dan, semua itu mulanya berpunca dari hukuman gantung seorang lelaki tidak bersalah atas tuduhan pengedaran dadah Hukuman mati yang membuat seorang wanita menjadi balu Hukuman yang menjadikan seorang anak laki laki dan seorang anak perempuan menjadi yatim.Apakah kemunculan lelaki misteri bernama Carlos cukup untuk menjadi hakim dan pelaksana untuk menghukum pesalah yang sebenar benarnya Terlunaskah dendam yang dicipta Amran Apa pula peranan Bogart yang dilatih menjadi lanun itu dalam urusan dendam ini Dan, bagaimana pula Norman boleh terperangkap di tengah tengah urusan gila ini yang dia tidak tahu sama sekali Amran memulakan Mandatori dengan dramatik Norman, Carlos dan Bogart mengembangkannya dengan menarik Dan, Bilal Piut mengakhiri semua sekali dengan gaya klasik.Hamba bukan pengikut tegar RAM Namun, Aku Bercerita mendorong hamba untuk membeli Mandatori Dan, mungkin kerana buku ini diterbitkan pada tahun 2000 dan antara buku terawal RAM, hamba merasakan gaya bahasanya sedikit kaku Dialognya juga kadang kala agak janggal Jika hamba membacanya sepuluh atau sebelas tahun dulu, mungkin hamba tidak akan menganggap ini satu gangguan Namun, itu bukanlah masalah besar kerana buku ini secara keseluruhannya menyajikan sebuah kisah yang sangat menarik Buku ini juga dijalinkan dengan teliti Mungkin tidak terlalu sempurna tetapi masih, hamba suka menghargai kesungguhan RAM dalam merangka ceritanya RAM juga bijak membuat semua babak dalam bukunya menjadi penting, tidak cuma penambah muka surat semata mata.

  6. says:

    karya awal ramlee awang murshid yg mnariknampak dh stail die ble start baca cume buku ni permulaan die agk slow n drama..klimaks die mmg bestkisah kecelaruan identiti seorang lelaki yg ingin membalas dendam atas ketidakadilan yg menimpa keluarganya..kupasan setiap identiti yg berbeza diceritakn dgn mnarik..xsgka stiap identiti tu dlm satu jasad yg samammg best buku niRAM best

  7. says:

    amat menarik plot yang digunakan.mula mula agak samar jalan ceritanya tetapi setelah tamat membacanya memberikan suatu pengalaman baharu dalam gaya penulisan.

  8. says:

    hukuman gantung

  9. says:

    Amran,Carlos,Norman,Bogart Sebuah kisah yang mantap dan terbaik daripada RAM.

  10. says:

    RAM memang ada kelas tersendiri Mandatori mensajikan kita dengan kisah kehidupan mereka yang tidak berjaya memadamkan api dendam dalam hati Amran yang diejek dicaci kerana ayahnya mati di tali gantung atas tuduhan mengedar dadah Juliana, anak gadis Datuk Johari yang dalam diam dicintai Amran juga galak menyeksanya dengan tohmahan Dalang dalang yang menyebabkan seksa batin Amran dan keluarganya hidup mewah dan riang ria selama 13 tahun Selepas itu, seorang seorang menerima hukuman bermula dengan hakim yang menjatuhkan hukuman gantung terhadap Tassan Amran bukan lagi Amran Selepas hilang di laut, adakah derita Amran berakhir Siapa Bogart, Norman, Carlos dan dan Bilal Piut Adengan ganas style mafia banyak juga dalam cerita ini Jika anda sudah baca review ini dan banyak lagi review yang lain, memang anda tak boleh lari akan tahu pazal cerita ini juga walaupun belum membaca bukunya Namun, anda tidak akan dapat thrill yang amazing melainkan setelah anda baca Jadi, walaupun plot cerita mungkin anda dah noleh agak, anda perlu baca juga Mandatori Case Closed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *